BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

03 June 2011

malam dan airmata

air mata keinsafan
yang mengalir di malam sepi
inilah dia pelembut jiwa
bagi mendapat kasih Ilahi
rintihan di pertiga malam
dari seorang hamba yang dhoif
kerana mengenang segala dosa
moga mendapat keampunan dari Ilahi
setiap kekasih Allah
menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki kejayaan
ayuh bersama kita susuli
perjalanan kekasih Allah
agar kita tidak rugi
dalam meniti hidup ini
deraian air mata ini adalah
titisan yang paling berharga
buat menyimbah api neraka
moga selamat di titian sirat
bahagia menuju syurga abadi

0 comments:

$$$ Klik Sini Cepattt $$$

sy syg kwn sy