BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

14 June 2012

info untuk kaum adam :)




Dia yang diambil dari tulang rusuk.Jika Tuhan menyatukan dua orang yang berlawanan sifatnya maka itu akan menjadi saling melengkapi.Dialah penolongmu yang sepadan ,bukan teman ketika terdesak yang sepadan.Ketika pertandingan dimulakan,dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu.Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari tanganmu.Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki ;perasaan ,emosi ,lemah lembut ,keindahan ,kecantikan ,rahim untuk melahirkan ,menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal itu ,dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya..sehinggalah tanpa kau sedari katika kau menjalankan sisa hidupmu..kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu.

Jika ada makhluk yang berlawanan dengan sifat lelaki ,itulah perempuan.
Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya degan sebuah senyuman ,itulah perempuan.
Dia tidak perlu hujah hebat daripada seorang lelaki..tetapi dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi ,tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi.

Dia tidak tertarik dengan fakta-fakta yang tepat.Bahasa yang teliti dan logik yang dapat disampaikan secara lengkap daripada seorang lelaki.Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya..kata-kata yang lembut..ungkapan-ungkapan sayang yang mudah..namun sangat bererti..hingga membuatnya aman di dekatimu.

Batu yang keras dapat terkikis habis oleh air yang mengalir.Sifat lelaki yang keras dapat diimbang dengan sifat kelembutan perempuan.Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai dibandingkan dengan pohon besar dan rendang.Seperti juga di dalam kelembutannya ,di situlah terletak kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apa pun.

Dia lembut bukan untuk dipijak.Rumput yang lembut akan dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang.Jika lelaki berfikir tentang perasaan wanita ,itu selama dari hidupnya.Namun jika perempuan berfikir tentag perasaan lelaki ,hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya.

Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki.Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki.Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya ,akan menjadi bahagian dari hidupmu.Keluarganya akan menjadi keluarga barumu.Keluargamu akan menjadi keluarganya juga.Sekalipun dia jauh dari keluarganya ,namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir dan dibesarkan di sana.Perasaannya terhadap keluarganya ,akan menjadi bahagian dari perasaanmu juga.Kerana kau dan dia adalah satu.Dia adalah dirimu yang tidak ada sebelumnya.Ketika pertandingan dimulakan ,pastikan dia ada di bahagian yang sama denganmu.


sumber : dudung.net

$$$ Klik Sini Cepattt $$$

sy syg kwn sy