Dia yang diambil dari tulang rusuk.Jika Tuhan menyatukan dua
orang yang berlawanan sifatnya maka itu akan menjadi saling melengkapi.Dialah
penolongmu yang sepadan ,bukan teman ketika terdesak yang sepadan.Ketika
pertandingan dimulakan,dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu.Tetapi dia
akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di
depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas dari
tanganmu.Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.
Dia ada untuk melengkapi yang tidak ada dalam lelaki
;perasaan ,emosi ,lemah lembut ,keindahan ,kecantikan ,rahim untuk melahirkan
,menguruskan hal-hal rumah tangga sehingga ketika lelaki tidak mengerti hal-hal
itu ,dialah yang akan menyelesaikan bahagiannya..sehinggalah tanpa kau sedari
katika kau menjalankan sisa hidupmu..kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya
di sisimu.
Jika ada makhluk yang berlawanan dengan sifat lelaki ,itulah
perempuan.
Jika ada makhluk yang sanggup menakluki hati hanya degan
sebuah senyuman ,itulah perempuan.
Dia tidak perlu hujah hebat daripada seorang lelaki..tetapi
dia perlukan jaminan rasa aman darinya kerana dia ada untuk dilindungi ,tidak
hanya secara fizikal tetapi juga emosi.
Dia tidak tertarik dengan fakta-fakta yang tepat.Bahasa yang
teliti dan logik yang dapat disampaikan secara lengkap daripada seorang
lelaki.Tetapi yang dia perlukan adalah perhatiannya..kata-kata yang
lembut..ungkapan-ungkapan sayang yang mudah..namun sangat bererti..hingga
membuatnya aman di dekatimu.
Batu yang keras dapat terkikis habis oleh air yang
mengalir.Sifat lelaki yang keras dapat diimbang dengan sifat kelembutan
perempuan.Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai dibandingkan dengan
pohon besar dan rendang.Seperti juga di dalam kelembutannya ,di situlah terletak
kekuatan dan ketahanan yang membuatnya dapat bertahan dalam situasi apa pun.
Dia lembut bukan untuk dipijak.Rumput yang lembut akan
dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang.Jika lelaki berfikir tentang
perasaan wanita ,itu selama dari hidupnya.Namun jika perempuan berfikir tentag
perasaan lelaki ,hal itu akan menghabiskan seluruh hidupnya.
Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki.Kerana
perempuan adalah sebahagian dari lelaki.Apa yang menjadi bahagian dari hidupnya
,akan menjadi bahagian dari hidupmu.Keluarganya akan menjadi keluarga
barumu.Keluargamu akan menjadi keluarganya juga.Sekalipun dia jauh dari
keluarganya ,namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana dia lahir
dan dibesarkan di sana.Perasaannya terhadap keluarganya ,akan menjadi bahagian
dari perasaanmu juga.Kerana kau dan dia adalah satu.Dia adalah dirimu yang
tidak ada sebelumnya.Ketika pertandingan dimulakan ,pastikan dia ada di
bahagian yang sama denganmu.
sumber : dudung.net
1 comments:
krana itu kaum ADAM adalah pemimpin buat kaum HAWA
Post a Comment